![]() |
| Raisin (kiri) ketika menerima keputusan STPM 2025 bagi negeri Sabah, hari ini. |
KOTA KINABALU: Tiga institusi Tingkatan Enam di Sabah menerima pengiktirafan di peringkat kebangsaan selepas berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025.
Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, antara yang mencatat kejayaan membanggakan ialah SMK Kinabutan yang dinobatkan sebagai Pusat Tingkatan Enam Terbaik bagi kategori tertentu di peringkat kebangsaan.
Selain itu, Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu dan Kolej Tingkatan Enam Tawau turut menerima pengiktirafan sebagai antara pusat Tingkatan Enam terbaik negara, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai antara peneraju pendidikan prauniversiti di Malaysia.
Menurutnya, pencapaian itu membuktikan komitmen berterusan warga pendidik, pentadbir sekolah serta pelajar dalam memastikan kecemerlangan akademik dan pengurusan institusi Tingkatan Enam di negeri ini.
“Pengiktirafan yang diterima ini menunjukkan bahawa institusi Tingkatan Enam di Sabah mampu bersaing dan berdiri sebaris dengan institusi terbaik di peringkat kebangsaan.
“Ia juga membuktikan usaha berterusan guru, pentadbir dan pelajar dalam mengekalkan budaya kecemerlangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengumumkan keputusan STPM 2025 yang bertempat di Wisma Jabatan Pendidikan Sabah, hari ini.
Kata beliau, kejayaan itu turut disokong oleh pencapaian cemerlang pelajar Sabah dalam peperiksaan STPM tahun ini.
“Seorang pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMKA) Kota Kinabalu telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM 2025 bagi aliran Sains Sosial,” jelasnya.
Dalam pada itu, seramai 156 calon STPM di Sabah berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 pada tahun ini, manakala 126 daripada mereka terdiri daripada pelajar daripada kumpulan B40.
Menurut beliau, pencapaian tersebut membuktikan latar belakang keluarga bukan penghalang untuk meraih kejayaan cemerlang dalam akademik.
“Ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan kerana majoriti pelajar ini datang daripada keluarga yang berdepan cabaran ekonomi, namun tetap mampu membuktikan kecemerlangan mereka.
“Kita berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada calon-calon STPM pada masa akan datang untuk terus berusaha mencapai keputusan yang lebih baik,” ujarnya.
Sementara itu, Sabah turut mencatat peningkatan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) STPM 2025 kepada 2.78 berbanding 2.77 pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata, walaupun masih sedikit di bawah purata kebangsaan iaitu 2.88, peningkatan tersebut menunjukkan usaha berterusan pihak sekolah, guru dan pelajar dalam meningkatkan prestasi akademik di negeri ini.
“Sabah juga merupakan antara penyumbang terbesar calon STPM di negara ini dengan jumlah calon anggaran dalam 7,000 hingga 8,000 orang setiap tahun,” tambahnya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas bantuan pembayaran yuran Malaysian University English Test (MUET) kepada calon-calon STPM yang disifatkan sebagai antara faktor yang membantu meringankan beban pelajar dan keluarga.

.jpeg)