TAWAU: Tiga lelaki masing-masing didenda RM2, 000 selepas mengaku bersalah memiliki ikan dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.
Tertuduh, Tarasani Baltapa, 50, Jumsele Ingsang, 38, dan Mahandi Sabturani, 37, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.
Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka didapati memiliki 10 ekor ikan yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan ketika berada di sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran di perairan Tanjung Kiraz, pada jam 2.30 petang, 2 Jun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(b) akta sama.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap setiap tertuduh dan sekiranya gagal membayar denda tersebut, mereka boleh dipenjarakan selama tiga bulan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Laester Bulun, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.