KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menggunakan data psikometrik pelajar sebagai antara mekanisme awal bagi mengenal pasti murid yang berisiko terlibat dalam gejala buli di sekolah.
Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, pendekatan itu membolehkan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melaksanakan intervensi lebih awal terhadap kumpulan pelajar yang dikenal pasti mempunyai kecenderungan ke arah tingkah laku berisiko.
“Kita mempunyai data berkaitan murid-murid melalui psikometrik mereka dan daripada situ kita dapat mengenal pasti kecenderungan mereka.
“Jabatan sentiasa mengingatkan PPD dan pihak sekolah supaya melaksanakan intervensi yang bersesuaian dengan mengenal pasti kumpulan yang berisiko membuli,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan pelaksanaan Tribunal Anti-Buli yang baru dilancarkan kerajaan bagi menangani isu buli termasuk yang melibatkan pelajar sekolah.
Menurutnya, JPN Sabah menyambut baik penubuhan tribunal berkenaan kerana kementerian dan jabatan sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan serta kebajikan murid.
“Kita tidak mahu melindungi pembuli. Walaupun mereka adalah murid kita, jika melakukan kesalahan mereka tetap perlu berdepan tindakan yang sewajarnya.
“Pada masa sama, kita juga perlu membantu mereka supaya tidak terus terjebak dalam tingkah laku negatif,” tegas beliau.
Raisin menegaskan pihak sekolah dan jabatan tidak hanya memberi tumpuan kepada mangsa buli, sebaliknya turut mengambil pendekatan membimbing pelajar yang dikenal pasti berisiko menjadi pembuli.
Katanya, latar belakang pelajar yang berbeza-beza boleh menjadi antara faktor yang mempengaruhi tingkah laku mereka, justeru pendekatan pencegahan dan sokongan awal perlu dilaksanakan secara menyeluruh.
“Walaupun mereka didapati mempunyai kecenderungan untuk membuli, jabatan tidak membiarkan mereka begitu sahaja.
“Mereka perlu dibantu kerana kumpulan berisiko ini juga memerlukan perhatian dan intervensi yang sesuai,” jelasnya.
Beliau berkata, pelbagai inisiatif dan intervensi turut dilaksanakan oleh pihak sekolah serta pentadbir pendidikan bagi memastikan gejala buli dapat dicegah sebelum menjadi lebih serius.
Tribunal merupakan satu forum atau alternatif mangsa buli dalam mengambil tindakan kepada pelaku tanpa melibatkan sebarang kos.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan bahawa ibu bapa kepada pelaku kes buli boleh dikenakan hukuman atau liabiliti secara bersama sekiranya anak mereka didapati bersalah oleh Tribunal Anti-Buli.

.jpeg)