![]() |
Abu Dari Kuraani dipenjara lima tahun dan didenda RM30, 000 oleh Mahkamah Majistret Tawau, selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Foto | SS |
TAWAU : Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 terhadap seorang pemandu lori selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan jalan raya, tahun lalu.
Majistret Don Stiwin Malanjum turut mengarahkan lesen memandu Abu Dari Kuraani, 41, digantung selama lima tahun berkuat kuasa hari ini serta menetapkan hukuman penjara setahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Dalam keputusannya, beliau berkata mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan selepas meneliti keseluruhan keterangan dan hujahan kedua-dua pihak pada akhir kes pembelaan.
Semasa prosiding hari ini, pihak pendakwaan turut mengemukakan Kenyataan Impak Mangsa (Victim Impact Statement) melalui adik kandung mangsa yang memaklumkan kematian itu memberi kesan mendalam kepada keluarga mereka.
Menurut kenyataan itu, mangsa merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan pemergiannya menyebabkan kehilangan besar kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.
Keluarga mangsa turut memaklumkan mereka berdepan kesukaran mendapatkan sebarang bentuk pampasan susulan insurans kenderaan tertuduh yang didakwa telah tamat tempoh ketika kemalangan berlaku.
Berdasarkan pertuduhan, Abu Dari didakwa memandu sebuah Perodua Alza secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Chong Thien Vun di sini pada kira-kira 5.57 petang, 9 April tahun lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Asisten Superintendan Joan Lee, manakala tertuduh diwakili peguam Chen Wen Jye bersama Jhesseny P Kang.
Terdahulu, peguam mewakili tertuduh dalam mitigasinya memohon hukuman ringan dengan memaklumkan tertuduh telah bercerai, tidak mempunyai anak dan merupakan individu yang menyara keluarga termasuk menjaga ibunya.
Pembelaan turut memaklumkan tertuduh kehilangan pekerjaan selepas kemalangan berkenaan.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan berhujah bahawa kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius kerana melibatkan keselamatan pengguna jalan raya sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.
Pendakwaan turut menegaskan hukuman yang dikenakan bukan sahaja bertujuan menghukum tertuduh, malah sebagai peringatan kepada masyarakat agar tidak memandang ringan pematuhan peraturan serta aspek keselamatan jalan raya.

.png)