Hujan lebat dijangka landa beberapa daerah Sabah hingga 1 petang ini


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah melibatkan daerah di Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat sehingga jam 1.00 petang hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan Pedalaman membabitkan Kuala Penyu dan Beaufort.

“Kawasan Pantai Barat yang terlibat ialah Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, manakala di bahagian Kudat melibatkan daerah Kota Marudu dan Kudat,” katanya.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurutnya, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Katanya, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama
Kami juga ada di sini!