PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung fenomena cahaya terang yang dilihat di ruang udara Sabah pada malam 4 Jun lalu.
MOSTI dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya menerima maklumat awal berhubung kejadian itu, namun setakat ini belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai penemuan serpihan objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan objek angkasa seperti roket di daratan atau perairan negeri berkenaan.
Menurut kenyataan itu, BPAngkasa sedang melaksanakan pemantauan secara aktif dengan kerjasama agensi berkaitan bagi mengenal pasti punca sebenar fenomena tersebut.
Sebelum ini, kejadian cahaya terang yang kelihatan di beberapa kawasan di Sabah tular di media sosial apabila orang ramai memuat naik rakaman video dan gambar menunjukkan objek bercahaya bergerak di langit pada waktu malam.
MOSTI bagaimanapun menegaskan bahawa orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi bagi mengelakkan penyebaran berita tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyentuh atau mengalihkan sebarang objek mencurigakan yang mungkin ditemui dan dipercayai mempunyai kaitan dengan fenomena berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada BPAngkasa menerusi talian 03-8885 8685 atau e-mel bpadg@mosti.gov.my.
MOSTI turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu dan hanya merujuk kepada maklumat yang disahkan melalui saluran rasmi kerajaan.
Katanya, sebarang perkembangan mengenai hasil siasatan dan pemantauan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.