Gempa bumi kuat di Mindanao, gegaran dirasai di Tawau, Semporna

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 7.37 pagi Isnin, menyebabkan gegaran turut dirasai di Tawau, Semporna dan beberapa kawasan sekitarnya.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 5.7 darjah Utara dan 125.1 darjah Timur, kira-kira 97 kilometer selatan Koronadal City, Filipina dengan kedalaman 50 kilometer.

“MET Malaysia sedang memantau perkembangan kejadian,” katanya dal au kenyaaan, hari ini.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai kerosakan atau kecederaan dilaporkan di kawasan yang terjejas akibat gegaran tersebut.

Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MET Malaysia bagi membantu pengumpulan maklumat berkaitan kesan kejadian berkenaan.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama