Suspek yang terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan seorang warga asing berusia lingkungan 20-an itu ditahan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika mangsa sedang tidur bersendirian di dalam bilik rumah berkenaan.
Menurutnya, suspek dipercayai memasuki bilik mangsa sebelum memaksa wanita itu melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir.
"Mangsa hanya membuat laporan polis selepas kejadian itu diketahui oleh ahli keluarganya.
"Susulan laporan diterima, polis menahan kesemua suspek dan mereka direman selama tujuh hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol seorang wanita yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaannya untuk dikahwini.
"Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 10 kali," katanya.
Sehubungan itu, Dzulbaharin menasihatkan ibu bapa dan keluarga supaya sentiasa memantau pergaulan serta rakan-rakan anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terjebak dalam pergaulan bebas dan gejala sosial yang tidak sihat.
.jpeg)