TAWAU: Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi terbongkar apabila dua lelaki tempatan ditahan dalam Op Tiris yang dijalankan di hadapan lot bangunan kedai Fasa 2, Bandar Sri Indah, di sini semalam.
Dalam operasi berkenaan, suspek berusia 38 hingga 53 tahun dipercayai memiliki dan membawa minyak diesel bersubsidi tanpa permit atau kebenaran yang sah.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, operasi itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bandar Sri Indah dengan bantuan Pasukan Task Force Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.
Menurutnya, serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat berhubung kegiatan penyelewengan bahan api bersubsidi di kawasan terbabit.
"Pemeriksaan yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit yang membenarkan mereka memiliki dan mengendalikan bahan api berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis turut merampas sebuah lori Nissan Condor, sebuah lori bonded Mitsubishi Fuso, tiga tong berisi kira-kira 600 liter minyak diesel bersubsidi, sebuah hos getah, pam sedut minyak, meter digital minyak serta beberapa anak kunci kenderaan dan mangga kotak lori.
Katanya, keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM101,670.
"Kesemua suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan penyelewengan minyak diesel bersubsidi tanpa lesen atau permit yang sah," katanya.