![]() |
| Foto: Warganet. |
KUNDASANG: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama rombongan Ekspedisi Mahkota Borneo berjaya menawan Gunung Kinabalu, hari ini.
Menurut laporan Bernama, Penolong Pengurus Taman, Unit Penyelamatan dan Krisis, Bahagian Operasi dan Penguatkuasaan Taman-Taman Sabah, Julaimin Kamin memaklumkan baginda tuanku sampai ke puncak pada jam 8.45 pagi tadi.
Kata beliau, keadaan cuaca semasa baginda mendaki sangat baik iaitu kira-kira 9.0 Celsius menyebabkan proses pendakian berjalan dengan lancar dan selamat.
Sementara itu, seorang pengguna media sosial, Jvy Waterproof turut berkongsi pengalaman dengan memuat naik satu hantaran video dan gambar kenangan bersama Tengku Hassanal.
Semalam, Tengku Hassanal bersama rombongan memulakan pendakian Gunung Kinabalu dari Timpohon Gate pada jam 8.05 pagi sebelum selamat tiba di Panalaban pada jam 3.45 petang.
