Pertikaian Teknikal, Variation Order punca isu ‘Stonehenge’ Pan Borneo di Beaufort

KOTA KINABALU: Isu projek Pan Borneo di Beaufort yang tular di media sosial dan digelar sebagai ‘Stonehenge’ berpunca daripada pertikaian teknikal serta Variation Order (VO) atau Perintah Perubahan, sehingga menyebabkan pelaksanaannya tergendala.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Baharuhom K.K sogon berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang mencari penyelesaian segera menerusi mesyuarat Problem Solving Governance (PSG) bagi menentukan hala tuju seterusnya projek terbabit.

“Bagi projek yang tular di Sipitang itu, terdapat isu dari segi pelaksanaan elevated structure melibatkan pertikaian Variation Order dan pertikaian teknikal.

“Kita sudah mengadakan mesyuarat PSG minggu lalu dan perkara ini akan diangkat ke peringkat KKR untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media di Wisma Pan Borneo, di sini, hari ini.

Baharuhom turut memaklumkan projek berkenaan sememangnya tergendala akibat isu terbabit, namun usaha sedang dilakukan untuk mempercepat penyelesaiannya.

“Kalau ditanya tempoh tergendala, saya sendiri baru mengambil alih jawatan lebih sebulan lalu, namun perkara ini akan diselesaikan dengan kadar segera,” jelasnya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial memuat naik hantaran di Facebook yang mendakwa projek Pan Borneo yang tergendala melibatkan jajaran Limbawang Bypass hingga Luagan Beaufort seolah-olah menjadi lokasi pelancongan baharu apabila digelar sebagai “Stonehenge, Beaufort, Sabah”.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama