KOTA KINABALU: Tadika Amalan Pintar Cerdik (TAPC) terus memberi penekanan kepada penguasaan Al-Quran dalam kalangan kanak-kanak seawal usia empat tahun menerusi pendekatan pembelajaran kreatif dan interaktif.
Pengusaha TAPC, Azizah Ali berkata, penggunaan sepenuhnya silibus Tadika Al-Baghdadi menjadi antara usaha pihak tadika melahirkan generasi seimbang dari aspek akademik, agama dan kokurikulum.
Menurutnya, pendekatan itu diterapkan termasuk menerusi penganjuran program Sukaneka dan Hari Keluarga TAPC yang menghimpunkan seramai 102 murid daripada empat cawangan iaitu Kepayan, Luyang, Likas dan Penampang, baru-baru ini.
“TAPC komited dalam melahirkan generasi yang seimbang dari segi akademik, agama dan kokurikulum.
“Kami menggunakan 100 peratus program Tadika Al-Baghdadi, iaitu satu usaha berterusan ke arah membina generasi yang mampu mempelajari Al-Quran seawal usia empat tahun,” katanya.
Hadir sama, Pengarah Urusan TAPC, Mohamad Dahlan dan barisan pengurusan serta 12 guru TAPC.
Menurut Azizah, teknik pembelajaran yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan membantu meningkatkan keupayaan murid untuk membaca, menghafaz dan menulis ayat-ayat Al-Quran di samping mengekalkan kecemerlangan akademik.
“Melalui teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan, kami meningkatkan keupayaan mereka untuk membaca, menghafaz dan menulis ayat-ayat Al-Quran, di samping mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik,” jelasnya.
Sementara itu, pelbagai aktiviti sukaneka turut diadakan pada program berkenaan, termasuk pertandingan lari berhalangan, memanah dan permainan berkumpulan bagi membina keyakinan diri, disiplin serta semangat kerjasama dalam kalangan murid.
Kata Azizah, penganjuran program yang digabungkan dengan elemen hari keluarga itu juga membantu memperkukuhkan hubungan antara pihak tadika, murid dan ibu bapa.
“Sukaneka dan hari keluarga seperti ini dapat memperkukuhkan ikatan kekeluargaan dan melahirkan anak-anak yang berdaya saing,” tambahnya.