KOTA KINABALU: Isu tuntutan hak 40 peratus Sabah sering menjadi perdebatan dalam kalangan rakyat, namun masih ramai yang keliru sama ada perjuangan sebenar adalah mengenai kadar 40 peratus atau Pemberian Khas yang diperuntukkan kepada negeri itu.
Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Azrul Ibrahim berkata, kedua-dua perkara itu sebenarnya saling berkait kerana kadar 40 peratus adalah asas perlembagaan yang digunakan untuk menentukan jumlah Pemberian Khas yang layak diterima Sabah.
Menurutnya, Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan serta Bahagian IV Jadual Kesepuluh memperuntukkan Sabah berhak menerima Pemberian Khas daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan formula asal dua perlima atau 40 peratus daripada hasil bersih tertentu yang dikutip di negeri itu.
"Apabila rakyat bercakap mengenai 40 peratus, mereka sebenarnya merujuk kepada asas pengiraan Pemberian Khas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Justeru, isu 40 peratus dan Pemberian Khas tidak boleh dilihat secara berasingan kerana kedua-duanya mempunyai hubungan yang sangat rapat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azrul yang juga Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, Sabah hanya menerima kira-kira RM26.7 juta setahun sebagai Pemberian Khas sejak 1974 tanpa semakan ketara selama beberapa dekad.
Beliau berkata, usaha semakan yang dicadangkan pada 2019 untuk meningkatkan jumlah itu kepada kira-kira RM53.4 juta juga tidak berjaya dilaksanakan.
Katanya, hasil rundingan berterusan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menyaksikan Pemberian Khas Interim meningkat secara berperingkat kepada RM125.6 juta pada 2022, RM300 juta pada 2023 dan 2024, RM600 juta pada 2025 serta terbaru RM1.5 bilion setahun.
"Ini merupakan peningkatan yang sangat besar berbanding jumlah yang diterima Sabah selama puluhan tahun.
"Bagaimanapun, jumlah RM1.5 bilion itu masih bersifat interim sementara formula muktamad bagi pelaksanaan hak 40 peratus Sabah dimuktamadkan menerusi rundingan yang sedang berjalan," katanya.
Menurutnya, pelbagai anggaran berhubung nilai sebenar hak 40 peratus Sabah telah dikemukakan oleh pelbagai pihak, termasuk sekitar RM4 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sehingga hampir RM19 bilion setahun.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan pragmatik dengan mencadangkan hasil berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai asas pembayaran interim yang dianggarkan berjumlah RM3.019 bilion pada kadar 40 peratus.
Azrul berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan formula yang adil, jelas dan mampan dapat dimuktamadkan secepat mungkin supaya hak 40 peratus Sabah dapat dilaksanakan sepenuhnya.
"Perjuangan ini masih belum selesai, namun kita juga perlu berlaku adil.
"Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menunjukkan komitmen yang jelas apabila meningkatkan Pemberian Khas Interim Sabah daripada RM125.6 juta pada 2022 kepada RM1.5 bilion ketika ini, sambil menegaskan bahawa hak 40 peratus Sabah tetap akan dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata, rakyat Sabah perlu terus memberi ruang kepada proses rundingan yang sedang berlangsung bagi mencapai penyelesaian muktamad yang selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan aspirasi rakyat negeri itu.