Gelvia Vanessa dinobatkan juara Unduk Ngadau 2026

 


KOTA KINABALU: Gelvia Vanessa Jenny dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri 2026, hari ini.

Pemenang yang mewakili daerah Papar itu berjaya mengalahkan 53 finalis lain pada peringkat akhir Unduk Ngadau yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, di sini.

Beliau berjaya membawa pulang wang tunai kemenangan berjumlah RM15,000, tiara, selempang, trofi dan jambangan bunga.

Johan Unduk Ngadau 2026 akan menjadi duta produk usahawan IKS Sabah bagi tempoh setahun.

Hadiah pemenang disampaikan oleh isteri Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tusin dan diiringi oleh isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Juliah Salag.

Naib Johan pula berjaya dimenangi oleh Juje Elor @Francis wakil Tuaran dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000, tiara, selempang, trofi dan jambangan bunga.

Manakala, Criszelbellkah Lorris wakil daerah Matunggong berjaya merangkul tempat ketiga bersama wang tunai berjumlah RM10,000 bersama tiara, selempang, trofi dan jambangan bunga.

Pemenang tempat keempat dimenangi oleh Liane Melve Grace Lias wakil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan kelima, Kerishine Danil mewakili daerah Pagalungan.

Seterusnya, tempat keenam dan ketujuh dimenangi oleh Gadrette Gregory wakil Penampang dan Myra Evana Robert mewakili daerah Sook.

Kira-kira 10,000 orang ramai hadir bagi memeriahkan pertandingan peringkat akhir bagi Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah tahun ini.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama