KOTA KINABALU: Lima pelajar perempuan disiasat berhubung kes seorang remaja perempuan dibelasah beramai-ramai dalam kejadian yang videonya tular di media sosial sejak semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi pada 22 Mei lalu, mangsa berusia 13 tahun dipercayai dipukul menggunakan tangan oleh sekumpulan pelajar perempuan di sekitar bandar raya ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat mangsa sendiri pada 23 Mei lalu kira-kira jam 7.51 pagi.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami lebam pada kedua-dua bahu dan kaki selain lebam pada telinga kiri serta luka kecil pada lutut kiri.
“Siasatan lanjut mendapati mangsa dan kesemua suspek adalah pelajar daripada beberapa sekolah berlainan di sekitar Kota Kinabalu.
“Mereka dipercayai mengenali antara satu sama lain melalui kumpulan WhatsApp dikenali sebagai ‘Angel’,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa dibawa ke lokasi kejadian oleh dua suspek sebelum kesemua suspek bertindak mengepung dan memukul mangsa dipercayai akibat salah faham serta tidak berpuas hati terhadap remaja terbabit.
Katanya, mangsa turut mendakwa diugut supaya tidak memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga atau pihak polis.
“Kejadian berkenaan turut disaksikan beberapa pelajar dan orang awam sebelum dirakam dan tular di media sosial,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.