KUNDASANG: Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup(KPDN) melaksanakan had kuota tetap bagi setiap fleet card antara 900 hingga 5,000 liter sebulan berdasarkan 23 kategori kenderaan yang layak di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan itu akan bermula 1 Jun ini sebagai langkah memperketat kawal selia dan mengekang ketirisan subsidi diesel.
Menurutnya, penetapan kuota itu dibuat berdasarkan rekod penggunaan sepanjang dua tahun pelaksanaan SKDS sejak 2024.
“Penetapan had kuota ini dilaksanakan bagi memperkukuh kawal selia serta penguatkuasaan untuk mengekang ketirisan subsidi dan penyalahgunaan fleet card,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Sidang Media Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Armizan mengingatkan syarikat yang menikmati subsidi diesel supaya bertanggungjawab terhadap penggunaan fleet card masing-masing.
Katanya, tindakan tegas termasuk penggantungan serta-merta dan senarai hitam akan dikenakan terhadap syarikat yang didapati terlibat dalam penyelewengan atau penyalahgunaan subsidi diesel.
Beliau turut menjelaskan bahawa syarikat yang memerlukan penggunaan diesel melebihi had kuota ditetapkan boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Petroleum (JKSP) yang diurusetiakan oleh KPDN.
“Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian melalui e-mel mysubsidi@kpdn.gov.my atau secara fizikal di kaunter KPDN berhampiran,” tambah beliau.

.png)