Ketua Menteri pengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama pemimpin GRS semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu pada Selasa.


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS),mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Selasa.

Antara pemimpin parti komponen GRS yang hadir ialah Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan), Tan Sri Liew Yun Fah, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Senator Tan Sri Anifah Aman, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin, Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun, Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone J.Kurum, Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi gabungan itu.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama