KOTA KINABALU : Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran
dan Bintang-bintang serta Pingat-pingat Negeri Sabah menyaksikan 151 individu
menerima anugerah masing-masing.
Istiadat bersempena dengan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman itu berlangsung di Dewan Istiadat
Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.
Istiadat dimulakan dengan pengurniaan darjah kebesaran
kepada penerima pertama Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa
gelaran Datuk Seri Panglima iaitu tokoh korporat dalam industri minyak dan
teknologi, Datuk Seri Panglima Abdul Farish Abdul Rashid.
Seterusnya, mendahului senarai 23 penerima darjah kebesaran
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk ialah Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Musa.
Turut menerima PGDK, Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua
Menteri, Datuk Azrul Ibrahim, Pengurus Besar Ko Nelayan Sabah Datuk Yusof Ag
Besar, Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,
Datuk Mohammad Ghazali Hajiji dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam,
Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Alan Abdul Rahim.
Dalam istiadat berkenaan, Tun Musa juga menganugerahkan
darjah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) kepada 19 individu antaranya, Pegawai
Daerah Tuaran, Ibrahim Terki dan Pengarah Pengambilan Pelajar Universiti
Teknologi MARA, Ak Ashaari Ak Yussof.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon Maritim
Sandakan Komander Maritim, Ahmad Firdaus Shaari dan Ketua Pegawai Operasi Sri
Pelancongan Sabah, Fidelis Francis Andam merupakan antara penerima Ahli Darjah
Kinabalu (ADK).
Dalam pada itu, seramai 33 individu dianugerahkan Bintang
Setia Kinabalu (BSK) antaranya, Penyelia Kemas Tawau, Wirmasusanti Mahtar Hams
dan Ketua Cawangan Tabung Haji Travel, Hidam Tory.
Perunding Latihan INTAN Sabah, Aidalina Mahili pula
antara 29 individu yang menerima darjah
Bintang Kinabalu (BK) dan seramai 12 individu dikurniakan Pingat Perkhidmatan
Terpuji (PPT).
Turut hadir dalam majlis itu Menteri Belia, Sukan dan
Industri Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Pembantu Menteri Kepada
Ketua Menteri, Datuk Ceaser Mandela Malakun.

