KOTA KINABALU : Seramai 142 bakal jemaah haji dari negeri
Sabah berlepas ke Tanah Suci malam Isnin melalui Lapangan Terbang Antarabangsa
Kota Kinabalu (KKIA) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi.
Penerbangan tersebut dijadualkan berlepas ke Tanah Suci pada
jam 4.45 pagi menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines.
Majlis Mengucapkan Selamat Berangkat kepada kumpulan bakal
haji berkenaan disempurnakan oleh Yang
di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Dalam perutusannya, Tun Musa menzahirkan rasa syukur dan
berharap para jemaah dapat memanfaatkan peluang sebagai tetamu Allah dengan
memperbanyakkan ibadah, menjaga disiplin serta memelihara nama baik negara
sepanjang berada di Tanah Suci.
Bagi musim haji 1447H/2026M, Sabah dan Wilayah Persekutuan
Labuan merekodkan seramai 1,195 jemaah haji melibatkan 507 lelaki dan 688
wanita.
Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji
Noor; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong
dan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
