Van Foton C2 terbabas sendiri di simpang Pegagau Semporna, warga emas berjaya diselamatkan

SEMPORNA: Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan dan mengalami kecederaan selepas van dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Simpang Pegagau, pagi tadi.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, PPgB Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.14 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kira-kira 20 kilometer dari balai.

“Pasukan bomba yang tiba pada jam 9.36 pagi mendapati kemalangan melibatkan sebuah van jenis Foton C2 yang terbabas ke tepi jalan.

“Seorang mangsa lelaki berusia 65 tahun didapati tersepit di dalam kenderaan.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat sebelum memberikan rawatan awal di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan bomba, hari ini.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Semporna menggunakan untuk rawatan lanjut.

Operasi berjaya dikawal pada jam 9.56 pagi dan ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 10.04 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama