UMS buka laluan Asasi Pengajian Islam untuk lepasan SPM

                
IHSAN: Media UMS.

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuka peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian melalui Program Asasi Sains Sosial (Aliran Pengajian Islam) bagi sesi pengambilan terbaharu.

Fakulti Pengajian Islam UMS dalam satu kenyataan memaklumkan, permohonan kini dibuka secara manual bagi membolehkan calon yang berkelayakan memulakan laluan akademik dalam bidang pengajian Islam di peringkat asasi.

Beliau berkata, program tersebut merupakan laluan khusus kepada pelajar yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang Syariah, Usuluddin dan Pendarasan Islam di UMS.

“Ibu bapa yang mempunyai anak lepasan SPM digalakkan merebut peluang ini bagi memastikan kelangsungan pendidikan dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf,” katanya, di sini.

Menurutnya, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi yang disediakan oleh pihak universiti. 

“Untuk maklumat lanjut, calon boleh menghubungi penyelaras program Asasi, Dr. Mohd Jainudin Peran di talian 013-890 6246 atau melalui e-mel rasmi di Jainudin.peran@ums.edu.my,” jelasnya.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama