KOTA KINABALU : Yang di-Pertua
Negeri, Tun Musa Aman menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian
Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Sabah (SICC), pada Jumaat.
Majlis dimulakan dengan simbolik
menandatangani plak perasmian sebelum beliau melawat galeri pameran seterusnya
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Penganjuran KPTNS Ke-40 yang
diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Yang di-Pertua
Negeri Sabah menjadi platform penting memperkasa seni visual serta
mengetengahkan bakat penggiat seni tempatan.
Antara kategori dipertandingkan
ialah Penghargaan Khas Penyertaan Pelajar Sekolah Teramai, Penghargaan Khas
Guru Inspirasi, Kategori A (7 hingga 12 tahun), Kategori B (13 hingga 17 tahun)
serta Kategori C (terbuka).
Turut dipertandingkan Karya
Pilihan Utama bagi Kategori B dan C serta Anugerah Khas Tokoh Seni Visual
Negeri Sabah 2025.
Hadir sama, Menteri Pembangunan
Belia, Kemajuan Sukan dan Industri Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin.
