Lapan Anugerah KPTNS Ke-40 Disampaikan kepada Pemenang

 

KOTA KINABALU : Sebanyak lapan anugerah utama disampaikan kepada pemenang sempena Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) ke-40 mengikut kategori dipertandingkan. 

Penghargaan Khas Penyertaan Pelajar Sekolah Teramai menjadi pembuka tirai dengan SMK Kota Marudu mencatat penyertaan tertinggi seramai 313 pelajar, diikuti SK Taman Tawau (46), Papar Middle School dan SMK Elopura Sandakan masing-masing 26, serta SMK St Francis Xavier Keningau (24) dan SM St Paul Beaufort (14).

Pengiktirafan turut diberikan kepada tenaga pengajar menerusi Penghargaan Khas Guru Inspirasi kepada Hamree Murah, Umi Nadzreena Madslin, Chin Yen Yee, Fredaus Johari Gugau dan Cshahyrull Ronny J Matimbun atas sumbangan memperkasa pendidikan seni.

Dalam pertandingan utama, Kategori A (7 hingga 12 tahun) menampilkan 10 pemenang manakala Kategori B (13 hingga 17 tahun) dan Kategori C (terbuka) masing-masing menyaksikan lapan pemenang dipilih juri.

Bagi anugerah Karya Pilihan Utama, Nur Nadhirah Shabudin muncul pemenang Kategori B menerusi karya The Hand That Feed. Bagi Kategori C pula, anugerah diberikan kepada Evinossa menerusi Cracked Promise serta Jacyntia Janet Jasne melalui karya Minamasi.

Majlis sama turut menyaksikan penganugerahan Tokoh Seni Visual Negeri Sabah 2025 kepada Valintine Willie sebagai pengumpul karya sementara Jainal Amambing diiktiraf sebagai artis Naive Art.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Industri Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama