![]() |
| Foto: BBP Keningau. |
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Severinus@ Mohd Nidzam Sainkui berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.09 petang sebelum anggota tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.
Kata beliau, kebakaran melibatkan sebuah gudang jenis kekal berkeluasan kira-kira 200 x 40 kaki persegi yang terbakar 100 peratus.
“Turut terjejas dalam kejadian ini ialah empat kenderaan iaitu dua Toyota Vigo musnah sepenuhnya, manakala sebuah Proton Saga dan sebuah Toyota Hiace masing-masing terbakar kira-kira 70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, operasi pemadaman dijalankan menggunakan kaedah serangan ofensif dan defensif dengan dua aliran sepanjang 200 kaki serta dua lagi aliran sepanjang 300 kaki yang disalurkan daripada jentera bomba.
“Sumber air diperoleh daripada jentera bomba serta bantuan lori tangki air,” jelasnya.
Sementara itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.
“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujar beliau.
Dalam pada itu, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.12 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.28 petang.
