Tular kes samun di Alamesra: Polis sahkan tangkapan lelaki tempatan


KOTA KINABALU: Polis mengesahkan satu tangkapan telah dibuat susulan kes samun yang mendatangkan kecederaan di sebuah premis dobi di Alamesra yang tular di media sosial, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun ditahan di kawasan Inanam pada hari kejadian bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan awal sedang dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan, manakala pihak polis akan terus mempergiatkan rondaan bagi memastikan keselamatan awam terjamin,” katanya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, satu klip video tular memaparkan seorang wanita dipercayai mangsa samun mengalami kecederaan dibantu orang awam di bahu jalan di kawasan Alamesra.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama