TAWAU: Seorang lelaki tergamak mengugut untuk membakar serta memukul ibu kandungnya sendiri hanya kerana ditegur pulang lewat malam dalam kejadian di Kampung Sungai Imam, di sini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang juga warga emas berusia lingkungan 80 tahun menegur anak lelakinya berusia 49 tahun sebelum suspek naik angin dan mengeluarkan ugutan terhadap ibu serta menantunya.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bimbang keselamatan diri dan keluarga, mangsa kemudian tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.
“Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau bersama Balai Polis Bombalai menjalankan operasi mengesan suspek.
“Suspek berjaya ditahan di kawasan Jalan Perikanan, Kampung Sungai Imam untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah ditahan serta dihukum mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bertindak di luar batas sehingga mengancam keselamatan ahli keluarga sendiri,” katanya.