![]() |
| Ihsan: FB Armizan Ali |
Perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Menteri Besar/Ketua Menteri (MBKM), di sini, semalam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, MOU itu merupakan langkah awal bagi merealisasikan usaha tersebut.
“Dengan kerjasama semua pihak, diharapkan ikhtiar mewujudkan IJN di Sabah akan dapat direalisasikan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada laman rasmi miliknya di Facebook.
Mesyuarat berkenaan turut melibatkan Ketua Menteri bersama Ketua Setiausaha Negara bagi menyelaras cadangan penubuhan cawangan IJN di Sabah.
Menurut beliau, usaha berkenaan dijangka dapat mengurangkan beban rakyat Sabah yang sebelum ini terpaksa ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan jantung di IJN.
“Ini sekali gus mengurangkan beban warga Sabah yang terpaksa ke Kuala Lumpur setiap kali bagi memenuhi keperluan mendapatkan rawatan di IJN,” jelasnya.
Dalam pada itu, Yayasan Sabah dilihat terus memperluas peranannya daripada bidang pendidikan kepada sektor kesihatan sebagai sebahagian usaha menyokong keperluan rakyat negeri ini.
“Saya berharap Yayasan Sabah dapat menyempurnakan hasrat murni ini. Tahniah, setelah berpuluh tahun memaknai amanah bidang pendidikan, kini Yayasan Sabah akan memanjangkan khidmat bakti dalam bidang kesihatan,” tambah beliau.
