![]() |
| Ewon (kanan) ketika bertemu Armizan (kiri) di sini, hari ini. |
Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, langkah itu penting untuk menjadikan pendaftaran harta intelek sebagai komponen utama pembangunan industri dan keusahawanan, termasuk perusahaan sosial.
“Kerjasama ini dimulakan dengan latihan pegawai MINDET di Akademi Harta Intelek, diikuti program kesedaran kepada usahawan.
“Ia bagi meningkatkan kefahaman mengenai MyIPO dan membolehkan pegawai memberi nasihat tepat berkaitan perlindungan harta intelek,” katanya selepas bertemu Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, hari ini.
Ewon turut meneliti cadangan menubuhkan unit khas harta intelek di MINDET bagi menyelaras inisiatif berkaitan.
Beliau sebelum itu mengadakan kunjungan ke Akademi Harta Intelek MyIPO dan berbincang dengan Ketua Pengarahnya, Yusnieza Syarmila Yusoff mengenai pelaksanaan latihan khusus.
Menurutnya, semua pembangunan produk di Sabah termasuk industri, inovasi dan F&B perlu merangkumi pendaftaran harta intelek.
“Ini memerlukan pendedahan dan latihan khusus kepada pegawai kementerian serta agensi di Sabah, di samping program kesedaran melibatkan usahawan dan komuniti.
“Saya menghargai kesediaan dan komitmen MyIPO dalam memuktamadkan kerjasama ini,” jelasnya.
Data MyIPO menunjukkan 3,941 permohonan harta intelek direkodkan di Sabah dari 2021 hingga Mac 2026, dengan 3,349 pendaftaran setakat Disember 2025.
Sebanyak 31 produk Petunjuk Geografi (GI) didaftarkan, termasuk Amplang, Kopi Tenom dan Sabah Tea, namun enam daripadanya tidak aktif kerana belum diperbaharui.
