Ketua Menteri bersama pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah (PBS) memotong kek Hari Raya Aidilfitri pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PBS di Dewan Hakka, di sini
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti Negeri, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pemangku Presiden PBS,Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili bersama pemimpin kanan parti itu serta GRS.
Selain menikmati jamuan Aidilfitri, tetamu turut disajikan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan gambus dan nyanyian, persembahan khas, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim serta acara memotong kek sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri PBS.
