KKN24 Social League perkasa pembangunan belia Tanjung Keramat

Shah Alfie (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama piala kejohanan, di sini.

KOTA KINABALU: Penganjuran KKN24 Social League 2026 dilihat sebagai inisiatif baharu dalam memperkasa pembangunan belia melalui sukan, khususnya bola sepak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Tanjung Keramat.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya berkata, liga sosial seumpama itu bukan sekadar platform mengejar kemenangan, sebaliknya menjadi medium penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.


“Objektif utama penganjuran adalah untuk menyatukan golongan belia, memupuk semangat berpasukan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat.


“Nilai sebenar bukan pada kemenangan, tetapi pada perpaduan dan kebersamaan yang terjalin sepanjang liga ini berlangsung,” katanya. 


Menurut beliau, liga tersebut akan berlangsung selama empat bulan dengan penyertaan lapan pasukan. 


Pasukan johan akan membawa pulang piala dan pingat, manakala naib johan serta tempat ketiga turut menerima pingat.


Sebagai wakil rakyat muda, beliau bertizam untuk sentiasa menyokong program berkaitan belia di masa akan datang. 


Katanya, usaha itu penting bagi melahirkan generasi yang aktif, berdisiplin dan berdaya saing.


“Sambutan yang menggalakkan bagi edisi pertama KKN24 Social League 2026 memberi petanda positif untuk ia dijadikan sebagai acara tahunan komuniti setempat,” tambah beliau.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama