Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, PKPgB Zeno Tinggalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.10 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang digerakkan ke lokasi kira-kira lima minit kemudian dengan jarak operasi sejauh tiga kilometer.
“Kebakaran melibatkan dapur rumah jenis kekal berkeluasan anggaran 10x10 kaki yang terbakar kira-kira 20 peratus.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan satu pancutan air daripada jentera bomba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, tindakan pantas anggota berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain rumah.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.30 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.08 pagi selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.
