![]() |
| EWON ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perlima Tanca Merlang dan Sanjongan Budi anjuran Jabatan Keretapi Negeri Sabah, di sini, pada malam Selasa. |
Katanya, isu tuntutan hak 40 peratus hak Sabah sudah berlarutan hampir empat dekad dan perlu dimuktamadkan.
Beliau berkata, keputusan untuk membuat rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi sebelum ini telah menjejaskan usaha mempercepatkan penyelesaian isu berkenaan.
“Saya kekal dengan pendirian meletakkan jawatan daripada Kabinet Kerajaan Persekutuan sebelum ini kerana tidak bersetuju dengan keputusan membuat rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi.
“Perkara ini sudah berlarutan hampir 40 tahun dan rakyat Sabah berhak menilai serta membuat keputusan apabila tiba masanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perlima Tanca Merlang dan Sanjongan Budi anjuran Jabatan Keretapi Negeri Sabah, di sini, pada malam Selasa.
Menurutnya, walaupun kerajaan menghormati proses mahkamah, isu berkenaan tidak boleh terus dibiarkan tanpa penyelesaian muktamad.
Ewon yang juga Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, komitmen berkaitan pembayaran 40 peratus seperti yang sering dinyatakan sebelum ini perlu direalisasikan segera.
“Kalau selepas tempoh tertentu, termasuk selepas pembubaran Parlimen, perkara ini masih belum dimuktamadkan atau tiada pembayaran dibuat, maka rakyatlah yang berhak menentukan kepimpinan negara yang mereka mahukan,” jelasnya.
Beliau menegaskan, tuntutan itu adalah hak Sabah yang termaktub dan perlu diasingkan daripada pertimbangan dasar semasa atau kedudukan kewangan negara.
“Perkara perlembagaan adalah berasingan dengan dasar semasa kerajaan. Apa yang menjadi hak Sabah perlu diputuskan dan dilaksanakan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata UPKO akan terus konsisten memperjuangkan isu berkenaan di pelbagai platform termasuk di peringkat Kabinet, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
“Kita akan terus konsisten memperjuangkan hak Sabah,” ujar beliau.
Terdahulu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan semakan kelayakan Sabah terhadap 40 peratus hasil negeri bagi tempoh 1974 hingga 2021.
