![]() |
| Foto: Jabatan Penerangan Sabah. |
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah mengeluarkan hampir 40,000 ekar tanah daripada kawasan bekas konsesi Sabah Forest Industries (SFI) untuk diwartakan sebagai rizab perkampungan bagi manfaat rakyat.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, seluas kira-kira 39,590 ekar (15,978 hektar) telah dikeluarkan termasuk 39,482 ekar (16,022 hektar) dalam Hutan Simpan Sipitang pada tahun 2025
“Langkah itu bertujuan memberi manfaat kepada komuniti setempat khususnya dalam penyediaan tanah untuk kegunaan penduduk kampung,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Sindumin, Yusri Pungut pada persidangan DUN, hari ini.
Menurutnya, sebelum itu sebanyak 108.72 ekar turut dikeluarkan pada tahun 2023 bagi tujuan sama.
Katanya, keputusan tersebut dibuat selepas penelitian oleh Jabatan Perhutanan Sabah melalui sesi libat urus bersama pemimpin masyarakat dan penduduk kampung.
“Beberapa kawasan hutan simpan yang dibubarkan adalah bagi memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat,” jelasnya.
