![]() |
| Hasil pemantauan mendapati tiada kerosakan struktur dilaporkan, keadaan adalah terkawal dan selamat. |
RANAU: Satu kejadian gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di sekitar Ranau dan Kundasang awal pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa berukuran magnitud 3.4 itu berlaku pada jam 3.02 pagi dengan koordinat 6.1 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur.
“Gempa itu berlaku kira-kira lapan kilometer barat laut dari Ranau pada kedalaman 10 kilometer.
“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Ranau, Sabah dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa,”katanya.
Susulan kejadian tersebut, Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menjalankan rondaan serta pemantauan di kawasan Pekan Ranau melibatkan premis kedai, bangunan kerajaan dan lokasi tumpuan awam bermula jam 6.35 pagi.
“Hasil pemantauan mendapati tiada kerosakan struktur dilaporkan, keadaan adalah terkawal dan selamat selain tiada kecederaan atau insiden susulan direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan bomba hari ini.
Dalam pada itu, JBPM Sabah memaklumkan pihaknya akan terus melakukan pemantauan berterusan serta bersiap siaga menghadapi kemungkinan gegaran susulan.
Orang awam dinasihatkan supaya kekal tenang, sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak berkuasa selain mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh agensi keselamatan.

.png)