KOTA KINABALU: Mesyuarat Pertama Penggal Kedua
(Persidangan) Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ketujuh Belas akan berlangsung
bermula 27 hingga 30 April ini.
Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya
berkata setakat ini pihaknya menerima empat rang undang-undang (RUU) untuk
dibahaskan sepanjang persidangan berkenaan.
“Termasuk ucapan dasar Yang di-Pertua Negeri
Sabah, Tun Musa Aman, jumlah keseluruhan perkara yang akan dibentangkan ialah
lima.
“Kita juga masih menunggu beberapa lagi RUU
yang mungkin akan dikemukakan,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat
kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, pada Selasa.
Kunjungan tersebut bertujuan menyampaikan
undangan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk merasmikan persidangan
berkenaan.
Persidangan DUN dijadualkan bermula 27 hingga 30 April, manakala Istiadat Pembukaan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 23 April ini.
