Autism Fun Run 2026 pupuk kesedaran autisme di Sabah

KOTA KINABALU: Sebuah program kesedaran autisme iaitu Program Autism Fun Run 2026 akan berlangsung di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 19 April ini.

UMS dalam satu kenyataan memaklumkan, program anjuran Lembaga Pelawat Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS itu merupakan satu usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Autisme serta memberi sokongan kepada kanak-kanak yang terlibat.

“Penganjuran acara berbentuk riadah itu dijangka menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, keluarga dan komuniti setempat dalam suasana santai dan penuh bermakna,” katanya.

Selain larian santai, program berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah kesedaran autisme, booth interaktif, pemeriksaan kesihatan serta aktiviti sukan santai termasuk sepakan penalti bola sepak.

“Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran secara dalam talian dan sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada urusetia program di talian 011-51840572 atau 016-8206984,” tambahnya.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama