KOTA KINABALU: Seramai 207 tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dihantar pulang ke negara asal masing-masing menerusi Program Pemindahan Tahanan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah.
Pengarah JIM Sabah, Datuk Sitti Saleha Habib Yussof berkata, daripada jumlah itu, 192 orang adalah warganegara Indonesia manakala 15 lagi warganegara Filipina.
Menurutnya, kesemua tahanan berusia antara satu bulan hingga 63 tahun dan dipindahkan bersama penjaga sah selepas selesai menjalani hukuman penjara.
“Daripada keseluruhan jumlah, 134 adalah lelaki dewasa, 41 perempuan dewasa, 15 kanak-kanak lelaki dan 17 kanak-kanak perempuan.
“Kesemua mereka telah dibekalkan dokumen perjalanan yang sah sebelum dipindahkan pulang ke negara asal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tahanan terbabit dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana memasuki negara tanpa dokumen sah dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.
Katanya, sehingga kini seramai 2,030 warga asing telah berjaya dipindahkan ke negara asal melalui pintu masuk di Sabah.
Sitti Saleha menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga asing yang menyalahgunakan kemudahan imigresen.
“Tindakan tegas termasuk pendakwaan akan dikenakan terhadap majikan dan pemilik premis yang menggaji warga asing tanpa dokumen sah.
“Begitu juga individu yang melanggar syarat pas atau permit seperti diperuntukkan di bawah Akta 155 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.