17 PATI majoriti warga Filipina ditahan di sekitar Kota Kinabalu

Foto: JIM Sabah. 

KOTA KINABALU: Seramai 17 individu warga asing ditahan dalam operasi bersepadu menerusi Ops Belanja dan Ops Sapu yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah di sekitar bandar raya ini.

JIM Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 31 individu telah diperiksa, dengan 17 daripadanya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. 

“Daripada jumlah tangkapan, 12 individu merupakan warganegara Filipina terdiri daripada sembilan lelaki dewasa dan tiga wanita dewasa. 

“Manakala lima lagi adalah warganegara Indonesia melibatkan dua lelaki dewasa dan tiga wanita dewasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, JIM Sabah akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara sentiasa terpelihara. ‎

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama