![]() |
| IHSAN: BBP Tuaran. |
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong AK Beki berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.21 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 14 kilometer dari balai.
“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 4.37 petang dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak kekal berkeluasan kira-kira 23 x 30 kaki yang telah terbakar hampir 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan bomba, hari ini.
Mangsa, seorang lelaki berusia 67 tahun mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan kanan.
“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bomba sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” jelasnya.
Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.59 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.41 petang selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi,” tambahnya.
