KOTA KINABALU: Yang di-Pertua
Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman bersama Toh Puan
Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin serta Ketua Menteri, Datuk
Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah
Juliah Salag menghadiri Majlis Berbuka Puasa Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Kontinjen Sabah di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota
Kinabalu, di sini pada Rabu.
Ketua Menteri dan isteri tiba
pada jam 5.27 petang, diikuti ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri
Panglima (Dr.) Musa Haji Aman dan Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah
Faridah Haji Tussin.
Antara pengisian majlis termasuk
bacaan ayat suci al-Quran dan Surah Al-Kahfi, diikuti penyampaian sumbangan
daripada Pusat Zakat Sabah kepada mualaf, balu dan anak yatim PDRM Kontinjen
Sabah. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cendera kenangan, tazkirah
Ramadan serta acara berbuka puasa. Tetamu kemudiannya menunaikan solat Maghrib,
solat Isyak dan solat sunat Tarawih di Surau Fisabilillah, IPD Kota Kinabalu.
Turut hadir ialah Speaker Dewan
Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M.Yahya, Timbalan Ketua
Menteri/Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri
Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif,
Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Rubin Balang, Menteri Pembangunan
Belia,,Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar
Titingan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Timbalannya, Datuk
Abdul Rani Alias serta isteri masing-masing.
