![]() |
| Ihsan: Bomba Kinabatangan |
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.31 malam sebelum anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 166 kilometer dari balai.
Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam satu pagi dan mendapati kebakaran melibatkan tiga rumah serta dua motosikal jenis Honda EX5 yang terbakar 100 peratus.
Kebakaran bagaimanapun telah berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan bomba tiba di lokasi.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal berukuran 30x40 kaki persegi dan dua rumah tidak kekal masing-masing berukuran 25x20 kaki persegi serta 18x25 kaki persegi yang terbakar sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan bomba, hari ini.
Operasi ditamatkan pada jam 2.45 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
