Studio AI pertama di Sabah perkukuh ekosistem digital negeri

James Ratib (tengah) ketika meninjau studio AI pertama di Sabah yang bertempat di Wisma Bandaraya, di sini.

KOTA KINABALU: Penubuhan studio kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI) pertama di Sabah dilihat mampu memperkukuh ekosistem teknologi digital negeri ini.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib telah mengadakan lawatan ke Studio AI yang terletak di Wisma Bandaraya, di sini.

Menurut beliau, lawatan tersebut bertujuan meninjau kemudahan yang disediakan serta melihat potensi penggunaan teknologi AI dalam menyokong pembangunan pendidikan, penyelidikan dan inovasi di Sabah.

“Studio berkenaan merupakan studio AI pertama di Sabah dan kementerian saya komited untuk terus menyokong pembangunan teknologi baharu khususnya kecerdasan buatan bagi memperkukuh sektor pendidikan, penyelidikan dan inovasi di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Hassan Mahali; Timbalan Setiausaha Tetap I kementerian, Doria Tai Yun Tyng; Setiausaha Politik kepada Menteri, Justinus Jalang; serta pegawai kanan kementerian dan kakitangan Pejabat Menteri.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama