KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri turut mengumumkan tarikh 20 Mac 2026 atau 23 Mac 2026 sebagai cuti umum tambahan, bergantung kepada tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini, seiring dengan pengumuman Perdana Menteri.
Dibawah Warta Kerajaan Keluaran Khas bertarikh 18 Mac 2026, Yang di-Pertua Negeri telah menetapkan hari yang berikut sebagai hari kelepasan tambahan iaitu 20 Mac 2026, sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh kepada 21 Mac 2026 atau 23 Mac 2026, sekiranya Hari Raya Aidilftri jatuh kepada 20 Mac 2026.
Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim telah mengumumkan tarikh yang sama sebagai cuti Hari Raya tambahan semasa lawatannya ke Sabah pada Ahad lalu.
