KOTA KINABALU: Program Mutiara Ramadan sempena sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh pembangunan rohani masyarakat di Sabah.
Isteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Yang Dipertua Mutiara Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Juliah Salag berkata, program seumpama itu bukan sekadar majlis perhimpunan, tetapi menjadi ruang untuk masyarakat memperbaharui hubungan dengan Allah SWT serta memperbaiki diri.
Menurutnya, program berkenaan berperanan menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan keluarga dan komuniti, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
“Program seperti ini bukan sekadar majlis perhimpunan, tetapi satu platform pengukuhan rohani masyarakat.
“Ia menjadi ruang untuk kita memperbaharui hubungan dengan Allah SWT, memperbaiki diri serta menyemai nilai-nilai murni dalam keluarga dan komuniti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Program Mutiara Ramadan sempena sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri di Dewan Saadah, Wisma MUIS, di sini, pada Jumaat.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengerusi Biro Agama Mutiara GRS, Datin Lenny Natasha Musa.
Dalam pada itu, Juliah berkata tema program ‘Membina Jiwa, Menyucikan Hati dengan Al-Quran’ membawa mesej penting agar umat Islam menjadikan Al-Quran sebagai asas dalam pembinaan insan.
Katanya, dalam dunia yang berdepan pelbagai cabaran termasuk dari aspek pemikiran, sosial dan nilai, umat Islam memerlukan pedoman yang jelas dan kukuh, dan Al-Quran merupakan sumber panduan terbaik.
“Saya berharap agar usaha murni yang digerakkan melalui kerjasama JHEAINS dan MUTIARA GRS ini akan terus diperkasa pada masa hadapan, demi melahirkan Masyarakat yang bukan sahaja maju dari sudut pembangunan fizikal ,tetapi juga kukuh dari segi akhlak dan spiritual,” jelasnya.