Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang diterima berkaitan rakaman video kejadian yang tersebar di media sosial.
Menurutnya, setakat ini seramai lima individu sudah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
“Polis juga sedang giat mengesan beberapa lagi suspek yang telah dikenal pasti dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam kejadian ini,” katanya.
Jasmin berkata, perkembangan lanjut berhubung kes itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selepas siasatan selesai dijalankan.
