TUARAN : Sabah Electricity (SE)
menyumbang RM1.1 juta dalam program wakalah zakat. Daripada jumlah berkenaan,
sebanyak RM671 ribu ada sumbangan bagi tahun 2025 manakala RM481 ribu pada 2026
kepada asnaf seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Pengerusinya, Saadiah Aziz
berkata, usaha tersebut merupakan inisiatif penting syarikat dalam menunaikan
tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat.
"SE percaya, zakat bukan
sekadar satu kewajipan, tetapi juga satu amanah yang perlu disalurkan dengan
penuh tanggungjawab agar manfaatnya dapat dirasai oleh golongan yang
benar-benar memerlukan
"Pemberian sumbangan wakalah
zakat SE dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), merupakan program tahunan yang
dilaksanakan sempena bulan Ramadan dengan niat memahami kesulitan masyarakat
dalam mendepani cabaran hidup pada masa kini.
"Usaha SE memberi semula
kepada masyarakat seiring dengan usaha kerajaan negeri dalam melaksanakan
tanggungjawab yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya ketika berucap
pada Majlis Seikhlas Budi, Sesuci Ramadan di Masjid At-Taqwa, Perumahan
Laya-laya pada Sabtu.
Tambahnya, inisiatif tersebut
bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan penerima, malah turut memberi
dorongan dan harapan kepada masyarakat untuk terus berusaha meningkatkan taraf
kehidupan.
"Melalui agihan wakalah
zakat ini, syarikat berusaha memastikan bantuan yang diberikan dapat memberi
impak yang bermakna kepada penerima," ujarnya.
Hadir sama, Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Panglima Hajiji Noor; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima
Wilfred Madius Tangau; Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid, Chief
Executive Officer SE, Datuk Ir. Ts. Mohd Yakoob Jaafar dan Pegawai Daerah
Tuaran, Ibrahim Terki.
