Empat lelaki dicekup hisap syabu di tepi jalan Telipok Ria



TUARAN: Empat lelaki yang dipercayai sedang menghisap dadah jenis syabu di tepi jalan di Taman Telipok Ria, di sini, ditahan dalam Op Gempur Khas, baru-baru ini. 

Dalam operasi dijalankan itu, semua suspek diberkas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil, berkata pemeriksaan ke atas suspek menemukan dadah disyaki jenis syabu. 

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Semua suspek terbabit kemudian dibawa ke pejabat JSJN Tuaran untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan media hari ini. 

Menurutnya, polis akan terus mempergiat risikan dan pemantauan bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah, termasuk mengesan pembekal yang masih bebas.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama