KOTA KINABALU: Golongan anak yatim dan asnaf diraikan pada majlis berbuka puasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Faridah Tussin, di Grand Ballroom, The Magellan Sutera Resort, di sini.
Yang Di-Pertua Tun diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji bagi menyempurnakan Majlis penyampaian sumbangan itu sambil berkenan menyantuni para penerima dalam suasana penuh mesra.
Hadir sama isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag.
Seawal jam 4.30 petang, para tetamu dan dif- dif kehormat mula memenuhi dewan bagi bersama-sama memeriahkan majlis hari ini.
Menjelang waktu berbuka, majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan memerlukan.
Lima penerima sumbangan masjid turut diberikan penghargaan pada majlis berkenaan.
Mufti Negeri Sabah, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar, menyampaikan tazkirah ringkas dan memimpin bacaan doa kira-kira 10 minit sebelum berbuka.
Saat azan Maghrib berkumandang tepat jam 6.30 petang, para tetamu menikmati juadah berbuka dalam suasana tenang dan penuh kesyukuran.
Usai solat Maghrib, majlis diteruskan dengan jamuan makan malam serta persembahan selingan yang sederhana namun menyentuh jiwa.
Solat Isyak dan Tarawih kemudian dilaksanakan secara berjemaah sebelum moreh disajikan kepada para tetamu.
Majlis berakhir dengan keberangkatan pulang Yang di-Pertua Negeri dan isteri sekitar jam 8.40 malam.