RANAU: Seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di tiga lokasi berasingan sekitar daerah ini, semalam.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah memaklumkan hasil pemeriksaan terhadap 41 individu, seramai 29 warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki dewasa, lapan perempuan dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan, kesemuanya warganegara Filipina,”katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Kesemua individu berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan melanggar Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 36 akta sama.
JIM Sabah menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PATI.
Disiarkan pada:
Tags:
Tempatan
