KOTA KINABALU
: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan Duta Besar Kesatuan
Eropan (EU) ke Malaysia, Rafael Daerr di Istana Seri Kinabalu, pada
Khamis.
Menurut Daerr,
kunjungan berkenaan bertujuan untuk membincangkan hubungan dua hala di antara
Kesatuan Eropah dan Malaysia, khasnya Sabah.
Selain itu, kunjungan yang juga disertai Pengurus Program Kesatuan Eropah, Stefan Wetzel itu membincangkan peluang memperkasa kerjasama sedia ada dan potensi baharu di Sabah.
